Wednesday, August 27, 2008

masih tak nak mengaku kalah....

bila tengok utusan hari ini macam -macam ulasan yang dibuat oleh pemimpin umno tentang kemenangan DSAI. antaranya ulasan noh omar yang dia memang dah agak anwar akan menang kerana rakyat masih mengingati jasa anwar dahulu. kata surat khabar lama pula (mat taib) anwar menang kerana jasa BN.kata sabery berbuih pula anwar patut menang dengan lebih banyak lagi. inilah mentaliti pemimpin umno yang tak faham mesej dari rakyat.awat depa tak cakap awai-awai lagi sebelum pilihan raya. nampak sangat semuanya jenis pak turut sahaja tak berani nak bagi komen. lepas terjadi sesuatu baru pakat berduyun-duyun nak komen

Thursday, August 7, 2008

BN YAKIN MENANG???

kalau kita dengar kenyataan dari Datuk Seri Abdul Rashid bahawa BN akan menang dalam pilihan raya kecil P44. dia cakap BN dah siap sedia terutamanya umno yang akan mengempur habis-habisan. tapi kalau tengok sambutan pada malam Anwar berucap di seberang jaya nampak gayanya cakap dia hanya untuk sedapkan hati saja. sambutan terhadap pak lah pada pagi tu pun tak seramai itu walau pun ada makan dan pengangkutan percuma disediakan. rakyat dah cukup terseksa dengan beban kenaikan harga minyak walaupun kita adalah negara pengeluar minyak walaupun tak sebanyak negara arab. beruntung orang permatang pauh nanti banyak lah projek akan mencurah-curah turun dari langit.maka pihak media juga terutama tv3 akan menonjolkan jasa-jasa pemimpin umno terhadap rakyat permatang pauh.

Monday, July 28, 2008

Malam esok malaysia kena berapa????

malam esok para peminat bola sepak yang tak ada masa dan wang untuk pergi ke stadium shah alam boleh ke kedai mamak untuk menonton secara live .kita tengoklah penyokong mana yang lebih ramai.rasa-rasa saya chelsea kot. harap malambesok skuad Malaysia dapat main dengan baik dan penuh semangat. apa yang tidak mahu kita lihat ialah pemain kita main nak bagi cukup 90 minit permainan saja dan leas tu pakt berrebut-rebut nak tukar jersey ngan pemain chelsea

Wednesday, July 23, 2008

Mata tak boleh tengok

Bila kita nak buat sesuatu yang baik,bukan semua yang baik akan muncul,kadang-kadang yang tidak baik akan turut sama muncul.Jadi jangan kecil hatilah.kita memang usahakan baik,kadang-kadang jadinya tak baik. Itulah adat hidup namanya.
Mata sehingga kita sakit mata baru kita sedar betapa nikmatnya kita ada mata. sebab hari-hari bila kita buka mata terus kita nampak.tak payah pasang bateri pun, tak payah sambung kat plug dan tak payah ada karan pun.bila buka saja terus nampak,terus dapat tengok keadaan sekeliling,maka kita pun tak perasan penting dan nikmatnya ada mata.
Mata ni paling mudah kita tak perasan kewujudannya,maklum mata aje yang tak boleh tengok mata.mata boleh tengok tangan,boleh tengok kaki,tapi mata tak boleh tengok mata kecuali tengok depan cermin. pasal itulah mata ni kita tak perasan kewujudannya hinggalah pandangan kita jadi kabur,atau sakit mata ,barulah kita tahu nikmtnya ada mata.
lantaran itu jangan bermain mata,mata boleh berbicara seribu bahasa hinggakan bahasa yang tak ada di dunia pun dapat difahami oleh mata. kenyit sekali kita dah tahu maknanya,kenyit banyak kali kita dah tahu dia tengah sakit mata.

Tuesday, July 22, 2008

Hidup bukan perjudian

Almaklum kata orang hidup itu perjudian. Mana pulak.Hidup itu perjuangan mana pulak perjudian.
Kalau anggap hidup perjudian kita akan lebih berserah pada nasib.sedangkan hidup kita tidak boleh bergantung sangat pada nasib.hidup kena berusaha.walaupun gagal,usaha perlu diteruskan diteruskan.kalau anggap hidup itu satu perjudian ,kita petak sajalah pertaruhan dan tunggu sajelah.untung sabut timbul untung batu tenggelam.silap tu salah tu.dan ingat sekali lagi hidup itu satu perjuangan bukan perjudian..

"if you want enjoy and be for a day, happy organize a party,
if you want enjoy and be happy for a week,go for a vacation,
if you want enjoy and be happy for a year,grow a garden,
if you want enjoy and be happy for a lifetime, develop human beings"

keran itulah tugas guru itu sememangnya murni dan mulia

Sunday, July 20, 2008

cola RM500?????

dengar kata cola akan naik ke RM 500. pak lah akan umumkan dalam masa terdekat. kalau cola naik boleh juga tampung apa yang patut akibat kenaikan harga minyak baru-baru ni.

Wednesday, July 16, 2008

anwar ditangkap

apa cerita pihak polis tangkap anwar.belum sampai pun pukul 2 waktu akhir yang dijanjikan pihak polis telah menahan anwar terlebih dahulu. apa pasal kalau kes anwar ni cepat sangat polis bertindak ? kalau kes lain dia buat do know saja. sebab tu la ni nak kata polis baik pun susah. la ni orang pakat benci kat polis.

Tuesday, July 15, 2008

esok surat khabar cerita apa

agaknya besok muka depan surat khabar arus perdana pasti memuji si shabery chik.maka dengan bangganya adalah juak-juak yang akan memberi komen yang macam budak tingkatan peralihan.

DEBAT PUNYA CERITA

apa macam debat tadi. dah jelas si shabery chik tergagap-gagap nak jawab.lain yang orang tanya lain yang dia dok merapu.lepas tu dok serang individu. macam mana jadi menteri tak tau la. aku yang sekolah kampung tau apa yang nak disampaikan oleh dsai.depa menteri tak rasa kenaikan harga minyak pasai semua free. elaun pun tak mampu dengan gaji setahun aku