Wednesday, August 27, 2008
masih tak nak mengaku kalah....
bila tengok utusan hari ini macam -macam ulasan yang dibuat oleh pemimpin umno tentang kemenangan DSAI. antaranya ulasan noh omar yang dia memang dah agak anwar akan menang kerana rakyat masih mengingati jasa anwar dahulu. kata surat khabar lama pula (mat taib) anwar menang kerana jasa BN.kata sabery berbuih pula anwar patut menang dengan lebih banyak lagi. inilah mentaliti pemimpin umno yang tak faham mesej dari rakyat.awat depa tak cakap awai-awai lagi sebelum pilihan raya. nampak sangat semuanya jenis pak turut sahaja tak berani nak bagi komen. lepas terjadi sesuatu baru pakat berduyun-duyun nak komen
Thursday, August 7, 2008
BN YAKIN MENANG???
kalau kita dengar kenyataan dari Datuk Seri Abdul Rashid bahawa BN akan menang dalam pilihan raya kecil P44. dia cakap BN dah siap sedia terutamanya umno yang akan mengempur habis-habisan. tapi kalau tengok sambutan pada malam Anwar berucap di seberang jaya nampak gayanya cakap dia hanya untuk sedapkan hati saja. sambutan terhadap pak lah pada pagi tu pun tak seramai itu walau pun ada makan dan pengangkutan percuma disediakan. rakyat dah cukup terseksa dengan beban kenaikan harga minyak walaupun kita adalah negara pengeluar minyak walaupun tak sebanyak negara arab. beruntung orang permatang pauh nanti banyak lah projek akan mencurah-curah turun dari langit.maka pihak media juga terutama tv3 akan menonjolkan jasa-jasa pemimpin umno terhadap rakyat permatang pauh.
Subscribe to:
Comments (Atom)
